Financial Aid
Scholarships Available
Accessibility
Kota Damansara MRT Station
Apply Online

Terokai laluan kerjaya dalam perakaunan

Bidang perakaunan memberi anda banyak pilihan menarik yang berpotensi tinggi.

Terdapat pelbagai bahagian yang boleh diterokai seperti akauntan forensik, akauntan awam, pelaburan, dan lain-lain.

Setiap jenis pilihan perakaunan memikul tanggungjawab yang sama, tetapi matlamat majikan anda mungkin berbeza. Berikut adalah antara senarai laluan kerjaya dalam bidang perakaunan dengan potensi pertumbuhan yang baik.

  1. Akauntan

Jika anda cekap dengan nombor, mengimbangi buku cek, mengekalkan anggaran, atau anda suka mempelajari matematik, anda boleh mempertimbangkan kerjaya sebagai akauntan.

Apakah peranan seorang akauntan? Biasanya, akauntan menjaga operasi kewangan perniagaan, organisasi, francais atau syarikat yang boleh merangkumi koleksi tugas lain dan mengekalkan ketepatan supaya segala urusan dalam perniagaan dilaksanakan dengan betul.

Selain itu, akauntan sering diminta untuk menyediakan dan menyelenggara rekod kewangan. Memastikan cukai dibayar dengan betul dan pada masa yang tepat juga boleh menjadi sebahagian daripada tugas akauntan.

  1. Penganalisis Belanjawan (Budget Analyst)

Penganalisis belanjawan menyediakan kepakaran penting dalam perancangan dan pengurusan kewangan untuk pelbagai organisasi termasuk institusi pendidikan, sistem kesihatan, kerajaan, dan perniagaan.

Penganalisis belanjawan menyediakan data mengenai sumber, komitmen, dan program untuk organisasi mereka. Mereka menyediakan maklumat pengurusan yang menghubungkan sumber kepada matlamat organisasi. Tugas penganalisis belanjawan menyokong keputusan mengenai tahap pembiayaan dan peruntukan sumber. Penganalisis belanjawan merupakan satu peranan penting di setiap organisasi.

  1. Juruaudit

Juruaudit dalaman memainkan peranan utama dalam mengekalkan kedudukan kewangan kedua-dua syarikat persendirian dan awam. Mereka memastikan perjalanan perniagaan secara cekap menggunakan dana syarikat, serta bertanggungjawab dalam memeriksa tanda-tanda penipuan, dan salah urus perniagaan syarikat.

Juruaudit memegang tanggungjawab syarikat secara fiskal dalam melindungi pelaburan pemilik dan pemegang saham. Audit dalaman sering dilaksanakan secara bulanan, suku tahunan, atau tahunan, bergantung kepada keperluan setiap perniagaan.

  1. Akauntan gaji (Payroll accountant)

Sama ada syarikat besar atau butik kecil, kebiasaannya perniagaan mempunyai jabatan gaji (payroll department), atau sekurang-kurangnya, akauntan gaji yang memainkan peranan utama dalam mengawasi gaji pekerja secara betul dan tepat.

Akauntan gaji sering ditugaskan untuk menyusun maklumat tentang gaji pekerja serta bilangan jam bekerja, dan melakukan transaksi gaji. Sebelum menyerahkan gaji, mereka mengesahkan ketepatan. Di samping itu, akauntan gaji memastikan cek yang diberikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Ini akan menjadi kerjaya yang sesuai untuk seseorang yang cekap dalam menyelesaikan masalah dan multi-tasking. Anda juga harus cemerlang dalam kemahiran matematik, pemikiran analitik dan kritis untuk organisasi.

  1. Akauntan cukai (tax accountant)

Perakaunan cukai adalah kerjaya yang menawarkan banyak laluan yang berbeza dalam skop umumnya. Akauntan cukai terdapat dalam pelbagai skop. Mereka bekerja dengan individu, perniagaan kecil, atau syarikat multinasional utama. Kerja mereka adalah memfailkan cukai pendapatan seseorang dengan portfolio pelaburan yang besar, sumber pendapatan yang pelbagai, akaun amanah, ataupun pelbagai harta.

Ingin meneroka kerjaya dalam bidang perkaunan? SEGi University adalah pilihan terbaik untuk anda! Untuk ketahui program perakaunan yang ditawarkan di SEGi University, layari www.segiuniversity.edu.my atau, hubungi 03-6145 1777 atau 1800-88-7344.

 

About the author