Financial Aid
Scholarships Available
Accessibility
Kota Damansara MRT Station
Apply Online

SEGi menawarkan ijazah perubatan bertaraf dunia

Untuk memperoleh segulung ijazah dalam perubatan bukanlah suatu perkara yang mudah. MBBS (Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan) adalah ijazah yang paling popular dan menjadikan pelajar layak digelar sebagai “doktor”. Namun, bagi mereka yang menggemarinya, bidang ini menyediakan pelbagai peluang kerjaya yang memuaskan.

Tempoh pengajian dan program

MBBS merupakan program ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan. Ia mengambil tempoh masa lebih kurang 5 tahun untuk menamatkan pengajian. Melalui kursus ini, para pelajar diajar mengenai anatomi, perubatan, kimia, farmaseutikal, dan kaedah pembedahan secara mendalam.

MBBS adalah salah satu kursus yang mempunyai permintaan tinggi tetapi kemasukkan ke program ini adalah terhad disebabkan oleh peruntukkan yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat banyak kolej dan universiti di seluruh negara yang menawarkan kursus MBBS, termasuklah SEGi University.

Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Biologi, Kimia dan Fizik, mereka mempunyai peluang tinggi untuk mengambil kursus ijazah MBBS di SEGi.

Selain itu, program ini juga merangkumi, pembelajaran dalam kelas serta latihan praktikal. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan pesakit dan mendapatkan pengetahuan praktikal tentang penyakit yang dirawati.

Kemahiran yang diperlukan untuk membuat kerjaya di MBBS

  • Keupayaan untuk bekerja dalam pasukan
  • Minat mendalam untuk menjadi seorang profesional yang membantu orang lain
  • Stamina yang baik
  • Sikap bertanggungjawab
  • Kesabaran dan belas kasihan
  • Sentiasa berusaha memperbaiki kemahiran dan pengetahuan
  • Penjagaan mental yang baik

Peluang Kerjaya

Hari demi hari, permintaan para profesional perubatan semakin meningkat disebabkan peningkatan pelbagai penyakit. Oleh kerana itu, peluang kerjaya anda agak terjamin dalam bidang ini. Pada kebiasaannya, perubatan adalah bidang profesional dengan penempatan pekerjaan 100%.

Untuk prospek kerjaya yang lebih baik, anda harus mempunyai beberapa kemahiran penting seperti pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan yang khusus, keupayaan diagnosis yang baik, tanggungjawab, keyakinan diri, sifat penyayang, serta kemahiran kaunseling dan komunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan pesakit anda.

Setelah menamatkan program MBBS, terdapat dua pilihan untuk pelajar: sama ada memulakan perkhidmatan atau perniagaan sendiri atau kerja di dalam sektor perubatan. Pelajar juga boleh memohon untuk menjadi doktor kerajaan atau menyertai firma kesihatan swasta.

Anda juga boleh menceburi pekerjaan di kolej-kolej perubatan, hospital, rumah kejururawatan, syarikat kesihatan, kementerian kesihatan, perundingan perubatan dan industri farmaseutikal atau memilih untuk menjadi doktor, menetapkan ubat dan rawatan untuk penyakit, serta melibatkan diri dalam bidang penyelidikan.

Di SEGi University, kami menawarkan jurusan Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) untuk anda. Program MBBS yang ditawarkan oleh SEGi University adalah unik kerana pelajar mendapat pendedahan klinikal yang komprehensif dari Tahun Ketiga di Hospital Perubatan dan Pengajaran di Sibu. Fakulti Perubatan di SEGi University juga menyediakan pelbagai peluang pembelajaran serta persekitaran yang kondusif dalam usaha membentuk generasi muda yang lebih berjaya.

SEGi memberikan penekanan tinggi terhadap pendedahan praktikal melalui pembelajaran klinikal dari awal pengajian serta memperkasakan pengetahuan pelajar melalui ceramah, seminar, dan program penglibatan industri yang mendalam.

Anda dapat lihat diri anda bergelar doktor perubatan? Layari www.segiuniversity.edu.my atau hubungi 03-6145 1777, 011-12106389, 1-800 88 7344 untuk mengetahui lebih lanjut.

About the author