Financial Aid
Scholarships Available
Accessibility
Kota Damansara MRT Station
Apply Online

Kerjaya Menarik Dalam Bidang Sains Bioperubatan

Sains Bioperubatan adalah antara bidang perubatan yang menarik. Anda akan mempelajari semua perkara tentang genetik dan tubuh manusia seperti bagaimana badan kita melawan penyakit ataupun cara-cara ubat berfungsi di dalam badan.

Tetapi apa jenis pekerjaan yang boleh didapati dengan ijazah Sains Bioperubatan? Artikel ini akan membincangkan 5 Kerjaya Menarik yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan sains bioperubatan.

1. Saintis Bioperubatan (biomedical scientist)

Saintis Bioperubatan menjalankan pelbagai ujian saintifik dan analisis tisu dan sampel cecair yang diberikan oleh pesakit. Kerja anda amat penting kerana ia membantu doktor mendiagnosis dan merawat penyakit.

2. Saintis Klinikal

Para saintis klinikal mempunyai pilihan untuk bekerja dalam empat bidang yang berbeza: biokimia, genomik, hematologi dan imunologi. Bagi setiap jabatan, peranan kerja berbeza-beza, tetapi pada umumnya anda akan memeriksa sampel pesakit untuk mengetahui sebarang kesan penyakit, virus, atau gangguan kesihatan yang lain.

Anda juga akan bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan yang lain, untuk memberi pengetahuan kepada pesakit mengenai diagnosis dan rawatan bagi menguruskan penyakit mereka. Peranan ini memerlukan kajian mendalam tentang sampel yang berbeza untuk mengesan kelainan.

3. Saintis forensik

Para ahli sains forensik memeriksa adegan jenayah, mengumpul apa-apa bahan yang berkaitan dengan jenayah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan persoalan yang timbul. Ini termasuk:

  • Darah dan cecair badan yang lain
  • Rambut manusia
  • Cap jari dan tapak kaki
  • Pakaian
  • Sampel bahan yang terdapat di tempat kejadian (cat, kayu, tanda tayar)

Kebanyakkan pemeriksaan dan ujian sampel adalah berasaskan biologi, termasuk analisis DNA dan ujian untuk bahan-bahan dalam darah dan air kencing. Selepas ujian, anda boleh dipanggil untuk membentangkan keterangan anda di mahkamah undang-undang, untuk membantu mendakwa atau membela yang tertuduh.

4. Ahli Mikrobiologi

Ahli Mikrobiologi mengkaji biologi mikroorganisma. Mereka bekerja terutamanya di makmal dan pejabat, menguji dan menganalisis sampel dan menulis laporan mengenai penemuan mereka. Kerja mereka boleh meliputi bidang khusus seperti penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, pertanian dan keselamatan makanan, pembuatan, dan industri alam sekitar.

Mereka yang bekerja di penjagaan kesihatan dan farmaseutikal memberi tumpuan kepada kajian mikroorganisma yang menyebabkan penyakit dan jangkitan seperti virus, kulat, dan bakteria, serta bekerja untuk mengenalpasti bagaimana ia tersebar. Ini adalah untuk mengetahui cara mencegah dan merawat punca berjangkit.

5. Ahli kimia ubat

Seorang Ahli Kimia Ubat mempunyai peranan besar dalam R & D (Penyelidikan dan Pembangunan), kerana mereka mengkaji dan menyelidik ubat-ubatan baru yang boleh digunakan untuk merawat penyakit dan menyelamatkan ribuan nyawa.

Kerja-kerja ini melibatkan perancangan dan menjalankan eksperimen saintifik khusus seperti kandungan dalam dadah dan protein yang terdapat di dalam tubuh manusia, serta menganalisis kesan-kesan ubat yang berpotensi untuk sesuatu penyakit.

SEGi University menawarkan pengajian ijazah sarjana muda, iaitu Bachelor of Biomedical Science (Hons). Program ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan saintis dan penyelidik, tetapi para pelajar juga dilatih dengan pengetahuan teknikal dan pengetahuan dalam teknologi sains perubatan supaya mereka menjadi professional bertauliah. Sekiranya anda berminat untuk mengejar kerjaya dalam sains bioperubatan, layari https://segiuniversity.edu.my/.

About the author