Financial Aid
Scholarships Available
Accessibility
Kota Damansara MRT Station
Apply Online

Kenali Dunia Perhubungan Awam

Apa itu Perhubungan Awam?

Perhubungan awam atau dikenali sebagai PR (Public Relations) adalah antara elemen terpenting bagi sesebuah organisasi. Imej dan reputasi untuk sesebuah syarikat berkait rapat dengan peranan dan tugas bagi pengamal perhubungan awam.

Kebanyakan organisasi kini menjadikannya sebagai bahagian terpenting dalam membina imej dan reputasi. Bagi organisasi yang memandang remeh tentang peranan pengamal perhubungan awam, ia berkemungkinan menghadapi cabaran dalam membina imej dan reputasi yang cemerlang.

Selain itu, peranan perhubungan awam juga adalah menarik perhatian media untuk pelanggan mereka. Matlamat mereka adalah untuk pihak media menyiarkan dan memilih cerita yang bernilai untuk dipaparkan di surat khabar, majalah, TV ataupun program radio.

Peranan pengamal perhubungan awam

Antara tugas dan peranan yang dilakukan oleh pengamal perhubungan awam termasuklah menulis siaran akhbar, menghubungkan pemain utama organisasi dengan pihak akhbar untuk wawancara, mengatur persidangan akhbar, menganjurkan program korporat, mempromosikan pelanggan di media sosial, penulisan iklan, dan surat berita serta banyak lagi.

Pengamal PR mesti mempunyai kemahiran menulis, lisan, serta mudah bergaul dengan orang lain. Pengetahuan dan kemahiran mantap dalam pemasaran juga boleh membantu dalam kerjaya sebagai pengamal PR.

Tip untuk Memulakan Kerjaya dalam bidang Perhubungan Awam

Pelajar kolej ataupun lepasan SPM yang impikan kerjaya dalam bidang perhubungan awam dapat mempersiapkan diri dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  • Menyambung pengajian dalam jurusan seperti Bahasa Inggeris, Kewartawanan, Komunikasi atau Pemasaran.
  • Menulis dan mempromosikan blog mengenai minat tersendiri.
  • Menghantar hasil penulisan untuk kegunaan akhbar kampus, majalah kampus, dan stesen radio kampus.
  • Menjadi sukarelawan sebagai penyelaras perhubungan awam untuk organisasi/kelab di kampus pengajian.
  • Mendapatkan peranan sebagai pembantu pelajar (student helpers) di pejabat kolej seperti perhubungan media / komunikasi media kolej, pejabat pengurusan pelajar, acara, atau pejabat urusan alumni.
  • Menjadi ahli jawatankuasa kelab pelajar di mana anda boleh menganjurkan konsert, ceramah, pertunjukan fesyen, dan program-program lain.
  • Melakukan sesi wawancara dengan para profesional melalui alumni atau ahli keluarga.

Faculty of Communication and Creative Design (FOCCD), SEGi University menawarkan program yang direka khas untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di dalam bidang perhubungan awam, iaitu Bachelor of Arts (Honours) English and Public Relations / Bachelor of Arts (Honours) Public Relations with English. Program ini akan memberi anda pengetahuan teori dan akademik yang menyeluruh tentang bidang perhubungan awam. SEGi University juga menawarkan ijazah berganda dengan kerjasama University of Central Lancashire, UK untuk menambah pengalaman pembelajaran secara global buat pelajar. Untuk ketahui lebih lanjut, layari https://segiuniversity.edu.my/.

About the author