Financial Aid
Scholarships Available
Accessibility
Kota Damansara MRT Station
Apply Online

6 Tips Penjagaan untuk Mata Kering

Sindrom mata kering mungkin perkara biasa yang terjadi dalam kehidupan seharian anda, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakselesaan sehingga memberi kesan buruk terhadap mata anda. Mata anda mungkin akan terasa gatal, panas, atau pedih, dan penglihatan anda kadang-kadang menjadi kabur.

 

  1. Gunakan air mata tiruan di atas kaunter (OTC) / Eye-drop

Eye drop boleh membawa kelegaan daripada sindrom mata kering yang terjadi disebabkan oleh kekurangan air mata semulajadi. Ia bertujuan untuk menggantikan atau menambah air mata (cecair) yang secara semula jadi meliputi permukaan bahagian depan mata (kornea).

  1. Pakai Wraparound Shades

Cermin mata hitam dengan bingkai bulat melindungi mata anda dari cahaya matahari dan angin, ia membantu dalam proses memperlahankan penyejatan air mata. Untuk perlindungan dalaman, anda boleh mendapatkan nasihat dari ahli optik/ atau pakar mata di hospital untuk mendapatkan kacamata yang sesuai untuk melegakan mata kering anda.

  1. Hidupkan Humidifier

Humidifier menambah kelembapan untuk udara dalaman yang kering dan membantu mengurangkan sindrom mata kering. Ini mungkin sangat membantu pada musim sejuk.

  1. Kurangkan masa pengunaan gajet

Ramai orang tidak berkedip mata mereka sekerap yang mereka perlu sewaktu menggunakan atau memandang skrin gajet. Apabila menggunakan komputer, ingatkan diri anda untuk berkedip secara kerap ataupun berhenti seketika menggunakan gajet. Elakkan penggunaan gajet terlalu lama tanpa berkedip secara kerap. Rehatkan mata dari masa ke semasa jika anda menggunakan gajet secara berpanjangan.Ini akan membantu mengelakkan sindrom mata kering. Tip ini juga perlu dilakukan sekiranya anda sering melakukan aktiviti membaca.

  1. Ambil Suplemen Omega-3

Omega-3 boleh meningkatkan kualiti air mata dan mengurangkan keradangan pada mata kering. Lemak yang sihat ini terdapat dalam minyak ikan seperti salmon, sardin, dan tuna albacore. Sumber-sumber lain termasuklah walnut, dan kacang soya yang mendorong dalam penjagaan kelembapan mata serta meningkatkan air mata semulajadi. Atau anda boleh bertanya kepada pakar penjagaan mata mengenai suplemen omega-3.

  1. Elakkan Asap Rokok

Asap rokok menganggu kondisi mata, yang boleh mengakibatkan keradangan kronik lapisan kelopak mata. Keradangan itu boleh menyebabkan kekeringan mata. Sekiranya anda seorang perokok, ini adalah satu lagi sebab yang sangat penting untuk berhenti.

 

Orang ramai berpeluang berjumpa dengan pakar mata di SEGi University untuk membuat pemeriksaan dengan menggunakan gajet khas untuk sindrom mata kering. Fakulti Optometri dan Sains Penglihatan (FOVS), SEGi University bekerjasama dengan Kelab Rotary, menyediakan pusat kesihatan mata yang dikenali sebagai Rotary-SEGi Eye Centre di SEGi University Kota Damansara untuk memberikan perkhidmatan dan nasihat penjagaan mata yang sesuai dengan harga berpatutan kepada orang ramai. Kerjasama ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari kemahiran praktikal dalam mengendalikan kes berkaitan mata.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang penjagaan kesihatan mata, fakulti ini juga menawarkan program pengajian Bachelor of Optometry (Hons) yang diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia menandakan SEGi University mengikut pematuhan dengan piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Optik Malaysia (MOC).

Layari https://segi.edu.my/study-with-us/course/bachelor-of-optometry untuk ketahui maklumat lanjut.

 

About the author