Financial Aid
Scholarships Available
Accessibility
Kota Damansara MRT Station
Apply Online

5 Tip Pemakaian Pendakap Gigi (braces) Baru

Memakai pendakap gigi buat pertama kali boleh menimbulkan kerunsingan dan perasaan kurang selesa. Bahagian muka, terutamanya mulut akan terasa sakit buat beberapa hari disebabkan kepingan logam kecil dan persegi yang baru dipasang.

Untuk membantu anda menyesuaikan diri dengan pendakap gigi baru, kami senaraikan 5 tip yang dapat membantu anda bertahan pada minggu pertama pemasangan braces yang baru.

1. Bersiap sedia sebelum keluar daripada klinik gigi anda

Setelah memasang braces, jangan tinggalkan klinik gigi sehingga anda berbincang dengan doktor mengenai perkara berikut:

  • Periksa hujung wayar. Gunakan jari dan lidah untuk memastikan wayar besi tidak mencucuk pipi atau terkena lidah. Pastikan anda rasa selesa dengan kedudukan braces yang dipasang.
  • Dapatkan keterangan tentang apa yang harus dilakukan sebelum temujanji seterusnya termasuk cara menjaga kebersihan pendakap gigi and mulut.
  • Periksa semula bekalan kesihatan oral anda. Tanya pakar ortodontik jika anda perlu mendapatkan dental wax, alat pembersih, tali elastik atau bahan lain yang mungkin diperlukan sebelum temujanji seterusnya

2. Berhati-hati dengan apa yang anda makan

Pastikan anda makan makanan yang lembut untuk beberapa hari pertama sebagai langkah menyesuaikan diri. Anda boleh memilih makanan seperti pasta, roti, sayuran lembut, puding, sup, yogurt, dan lain-lain. Selepas 3 atau 4 hari, rasa sakit akan mula hilang dan anda boleh beralih ke makanan pejal tetapi jauhi makanan yang keras seperti kacang dan sebagainya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan pendakap anda.

3. Gunakan dental wax untuk mengelakkan luka di bahagian dalam mulut

Dental wax dapat mengelakkan luka di bahagian dalam mulut. Anda boleh mendapatkannya dari doktor gigi untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

4. Kumur mulut dengan air garam/ saltwater

Sekiranya anda mengalami kegatalan yang ketara di bahagian dalam mulut, cuba kumur dengan air garam suam selama 30 saat dan ulang 5-6 kali sehari. Air garam akan membantu menghilangkan rasa sakit dan membantu kawasan mulut yang luka sembuh dengan cepat.

5. Sentiasa amalkan kebersihan mulut yang baik

Gunakan berus gigi yang disyorkan untuk membersihkan gigi selepas makan. Ikuti rutin memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan flos secara berkala. Praktikkan gaya pemakanan sihat dan banyakkan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang dapat bantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anda.

Universiti SEGi bukan hanya menyediakan program doktor pergigian yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia (MDC) malah kami juga mempunyai fasiliti pergigian canggih di “SEGi Oral Health Centre” yang menawarkan rawatan pergigian am dan kepakaran kepada orang ramai. Rawatan ini diselia oleh Pakar Pergigian yang juga merupakan tenaga pengajar di Fakulti Pergigian Universiti SEGi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi graduan pergigian yang memenuhi keperluan industri masa kini, layari www.segi.edu.my atau hubungi 03-6145 1777 / 1800-88-7344 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus pergigian kami.

About the author